SHAH ALAM: Kegagalan Kerajaan Selangor mengurusakan sampah di negeri itu kini pada tahan kronik dan boleh diumpamakan sebagai ‘darul sampah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil) meminta kerajaan negeri supaya lebih serius menangani masalah pelupusan sampah, yang dikatakan tidak diselenggara dengan baik.

Beliau berkata, kegagalan kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyelesaikan masalah pembuangan sampah dan tempat pelulusan menyebabkan negeri itu terkenal dengan panggilan ‘Selangor Darul Sampah’.

“Pergi ke mana-mana dalam negeri ini, ada yang panggil Selangor Darul Sampah, sedangkan Selangor adalah Darul Ehsan. Ini memalukan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada Mesyuarat Ketiga Persidangan Penggal Kelima DUN Selangor Ketiga Belas 2017 di Shah Alam, Selasa.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada kerajaan negeri agar menyediakan peruntukan mencukupi untuk pemulihan masalah sampah.

Menjawab soalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Wah menjelaskan, dakwaan Shahrum itu tidak benar kerana mengikut rekodnya, Selangor kini lebih bersih daripada pentadbiran BN sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau berterima kasih dengan cadangan itu dan memaklumkan kos pemulihan bergantung sepenuhnya kepada pemilik tanah kerana kawasan pelupusan sampah haram ini selalunya berlaku di tanah milik persendirian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here