KUALA LUMPUR: Wanita UMNO turun meninjau restoran yang memberi makanan percuma terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang diilhamkan Presiden Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata beliau kagum dengan kehadiran orang ramai yang menikmati juadah disediakan di situ, yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira bangsa dan agama mahu pun fahaman politik.

“Nampaknya ia memang viral, rakyat pun suka, orang datang ramai macam sudah jadi satu fenomena sebab makan percuma.

“Saya pun terkejut, tempat ini amat selesa sekali dan saya lihat yang datang pelbagai kaum dan ramai daripada mereka yang memerlukan bantuan dan ada juga pekerja pejabat pun hadir.

“Orang ramai di sini bercampur, terdiri daripada pelbagai latar belakang… masakan pula memang sedap,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Jamal atas inisiatif memperkenalkan konsep restoran sedemikian yang dilihat kreatif dan dapat memberikan impak yang besar dalam membantu meringankan beban rakyat di bandar.

“Saya nak ucap tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Jamal kerana beliau memang kreatif, konsep ini memang meletup

“Ini melangkaui batasan politik, ia tidak menggunakan politik tapi kerja amal jariah yang dapat pahala,” ujarnya lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here