SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) menuntut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Hannah Yeoh memanggil Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco, V. Ganabatirau untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan penyelewengan pemberian tanah di Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang. 

Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, dakwaan itu didapati serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan soal integriti dan ketelusan kerajaan negeri.

“Saya fikir Selcat tidak perlu nak tunggu polis atau SPRM jalankan siasatan, tetapi jawatan kuasa itu perlu buat dahulu pendengaran awam dan siasatan mengenai isu tanah di Kampung Sungai Yu.

“Selain itu, Selcat perlu memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk disiasat dan berikan keterangan mengenai dakwaan 18 senarai penerima mempunyai nombor kad pengenalan palsu, beri kepada penduduk bukan dalam Dun Permatang dan luar Selangor, tidak mematuhi syarat serta beri tanah kepada lebih satu penerima dalam satu keluarga,” katanya dalam sidang media di sini lobi Dun Selangor, hari ini.

Sementara itu,  Hannah bercakap dalam sidang akhbar hari ini mengesahkan telah menerima permohonan daripada BN mengenai penndengaram awam berkenaan dan akan mengeluarkan notis kepada ahli-ahli Selcat, minggu depan.

Semalam,  kira-kira 50 penduduk di Sungai Yu mengadakan bantahan secara aman di hadapan Bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor menuntut supaya kerajaan negeri membatalkan pengagihan tanah lot kepada kaum India di Kampung Sungai Yu, tahun lalu.

Menurut wakil penduduk, P. Puvandran pengagihan tanah lot itu didakwa tidak adil dan telus kerana diberikan kepada individu bukan dari kawasan Sungai Yu, tetapi dari negeri lain seperti Perak dan Pulau Pinang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here