SHAH ALAM – UMNO Selangor menyifatkan Bajet 2018 Kerajaan Negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat minggu lalu, sebagai tidak sah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar, berkata pembentangan belanjawan. belanjawan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan negeri gagal memasukkan jumlah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) dari Kerajaan Persekutuan dalam buku Anggaran Hasil Negeri Selangor 2018

“Saya dimaklumkan dan saya ada terbaca dalam media, kerajaan negeri menyatakan berlaku ralat pada buku bajet 2018.

“Pada saya, itu bukan ralat. Tidak ada kesilapan ejaan dalam Bajet 2018, melainkan kesilapan besar mereka ialah tidak memasukkan beberapa perkasa asas dalam buku Anggaran Hasil Negeri Selangor 2018.

“Ini bermakna kerajaan Selangor mengakui mereka menyediakan bajet yang tidak lengkap kerana mereka tidak memasukkan bab isu sumbangan Marris daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah kira-kira RM500 juta bajet itu,” katanya di sini.

Pada 7 November lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mempersoalkan kecuaian kerajaan Selangor berkaitan butiran yang dikeluarkan dalam buku Anggaran Hasil Negeri Selangor 2018.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here