SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah mengambil mudah terhadap usaha memperkasakan institusi mahkamah syariah di negeri ini apabila mengaskan perkara itu tidak perlu dijadikan usul khas untuk dibahaskan dalam Sidang di negeri ini.

Sambil mempertahahnkan tindakan Speaker Dun, Hannah Yeoh menolak usul itu yang dikemukakan oleh BN Selangor pada 6 November lalu, Azmin menyatakan isu mengenai mahkamah syariah itu hanya perlu dimasukkan dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2018 sahaja.

“Maka, usul itu perlu dibawa dalam perbahasan belanjawan negeri kerana ia lebih kuat hujahnya khususnya diperingkat jawatankuasa (dewan bersidang sebagai jawatankuasa). Sebabnya kita pergi pada setiap butiran, di situlah peranan ahli-ahli dewan untuk membahas,” katanya kepada para wartawan selepas merasmikian majlis pecah tanah pembinaan Masjid Kota Kemuning, hari ini.

Baru-baru ini, Adun Permatang daripada BN, Datuk Sulaiman Abdul Razak kesal apabila cadangan usul bagi memperkasakan institusi mahkamah syariah Selangor ditolak oleh Speaker Dun, Hannah Yeoh pada 6 Nobember lalu.

Kata Sulaiman, penolakan usul itu merupakan satu penghinaan kerana Islam sebagai agama rasmi negeri dan persekutuan yang mana ia sepatutnya diberikan peluang untuk dibahaskan dalam Dun Selangor.

Tindakan Hanah itu turut menimbulkan bantahan daripada Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang apabila beliau menyifatkannya memperlekehkan bidang kuasa Sultan Selangor di bawah peruntukan Seksyen 55 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Enakmen No. 1 Tahun 2003). – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here