SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didapati tidak profesional apabila mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak-anak syarikat menghentikan langganan Utusan Malaysia dan Berita Harian. 

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, arahan itu jelas membuktikan Azmin seolah-olah takut untuk berhadapan dan menerima realiti mengenai kelemahan yang belaku dalam pentadbirannya yang dilaporkan dalam kedua-dua akhbar berkenaan.

“Jelas arahan kerajan negeri terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian itu menunjukkan Menteri besar takut dengan bayang-bayang sendiri.

“Sepatutnya beliau perlu terbuka menerima kritikan, bukannya menuduh kedua-dua akhbar itu sebagai penyebar fitnah,” kata di sini.

Sementara itu, Adun Dengkil, Sharum Mohd Shariff mahu Azmin supaya mencontohi sikap keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menyekat kebebasan media di negara ini termasuklah media-media yang dikuasai parti pembangkang.

“Perdana Menteri kalau diikutkan sering menjadi sasaran kritikan pembangkang termasuk media-media dari negara luar.

“Namun, Perdana Menteri tidak mengambil tindakan atau menyekat operasi akhbar Suara Keadilan, rocket dah harakah,” katanya. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here