SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor cuba mengelirukan fakta berhubung isu perobohan dua rumah berhampiran masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, selepas gagal memberi pembelaan sewajarnya kepada mangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan, berkata sebaliknya Barisan Nasional (BN) memainkan langkah proaktif membela nasib dua keluarga malang berkenaan.

Rumah dua keluarga berkenaan yang didirikan atas tanah milik MAHB itu, dirobohkan tanpa mendapat penangguhan sedangkan kerajaan negeri berkuasa untuk berbuat demikian.

Apatah lagi dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kononnya kerajaan negeri sudah membuat tawaran memberi kediaman kepada keluarga berkenaan dengan pengecualian bayaran sewa selama setahun.

“Rumah ditawarkan Menteri Besar selepas kediaman merela dirobohkan, sebaliknya kita menawarkan rumah kepada mereka melalui KPKT sebelum proses perobohan dilakukan dengan cara sewa beli.

“Ini yang saya mahu perbetulkan terhadap apa yang Menteri Besar sebutkan. Menteri Besar tawarkan kediaman setelah rumah dirobohkan.

“Bukan itu saja kita juga turut memberi rumah kedai dengan kadar sewa RM300 sebulan memandangkan kedua-dua merke a sebelum ini meraih pendapatam dengan berniaga,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Halimaton berkata, pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau tidak diberi peluang untuk membuat penjelasan behubung perkara itu.

Sementara itu, ADUN Dengkil, Shahrom Mohd Sharif kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang bukan saja lepas tangan, tetapi menuding kesilapannya pada orang laim.

“Kerajaan negeri ada kuasa untuk menghalang perobohan kediaman berkenaan, persoalannya, kenapa tidak ada rundingan awal, selepas 90 peratus proses merobohkan dilakukan baharu ada arah supaya ia dihentikan,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here