SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan kecewa dengan sikap Exco kerajaan negeri Selangor yang keterlaluan menghalangnya daripada mengemukakan pertanyaan.

Lebih malang lagi, ia bukan saja menghalang daripada bertanyakan soalan, malah turut mencemuh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu dengan perkataan ‘bodoh’ ketika sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Halimaton berkata, beliau bangkit untuk bertanyakan soal pembangunan khususnya mengenai peruntukan soal pelupusan kenderaan.

“Sebab saya dengar masalah pelupusan sudah tidak disediakan peruntukan lagi. Disebabkan pihak kerajaan tak sabar saya dipertikai ketika baharu saja membaca mukamadimah.

“Ia satu tindakan tidak beradab, saya nampak upama ada kemarahan yang keluar dari dalam hati

“Tak patut seorang exco mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, dalam DUN ruang dan peluang perlu diberi utk bercakap serta bertanya soalan,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here