SHAH ALAM – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kecewa dengan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang menolak usul pemerkasaan mahkamah syariah buat kali ketiga berturut-turut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak menyifatkan tindakan menolak usul berkenaan tanpa bahas adalah penghinaan kepada Islam dan Sultan.

Beliau berkata, tindakan Speaker DUN menolak usul berkenaan amat mendukacitakan kerana ia bukan perkara picisan.

“Sudah tiga kali (usul) ini ditolak, sepatutnya usul ia diterima dan dijadikan enakmen untuk menyelesaikan beberapa kes yng tertunggak di mahkamah syariah.

“Saya amat berdukacita apabila usul ini ditolak sebab Islam agama negeri, Sultan ketua agama negeri, sepatutnya usul ini diberi peluang untuk perbahasan.

“Bagi ini satu penghinaan oleh Speaker DUN apabila menolak usul ini. Speaker menentang usul sebelum ia dibahas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Sulaiman berkata tindakan Speaker untuk memberi ruang usul berkenaan dibahas pada peringkat jawatankuasa membuktikan mereka tidak padang serius usul berkenaan.

Katanya, peringkat jawatankuasa adalah tahap rendah untuk membahaskan usul yang penting selain peruntukan masa yang singkat.

“Usul yang saya bawa bagi perkasa mahkamah syariah bukan usul picisan, usul besar ia perlu dua jam sekurang-kurangnya untuk dibahaskan,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here