SHAH ALAM – DUN Selangor hari ini kecoh selepas ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim menggelar ADUN Kota Damansara, Datuk Halimaton sebagai ‘bodoh’.

Teng memanggil Halimaton bodoh selepas ADUN Barisan Nasional (BN) itu mahu membahaskan isu berhubung pelupusan kereta-kereta terpakai di kawasannya ketika membahaskan usul yang dibawa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung usul peruntukan pembangunan 2018.

Teng menganggap isu yang dibangkitkan Halimaton itu tidak sesuai dibangkitkan dalam sesi tersebut.

Tindakan Teng itu mencetuskan rasa berang ADUN BN yang lain seraya mendesak beliau menarik balik perkataan tersebut.

Teng enggan menarik balik kata-katanya ucapannya sambil berkata beliau tidak merujuk kepada sesiapa, biarpun diminta berbuat demikian.

Halimaton, yang ditemui media selepas sesi perbahasan tersebut berkata, perlakuan Exco Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan itu disifatkan sebagai biadap dan tidak menghormati institusi DUN itu.

Katanya, walaupun Teng mendakwa ‘bodoh’ itu bukannya merujuk mana-mana pihak, namun dari ‘bahasa badannya’ jelas merujuk kepada adun-adun BN ynag berada di hadapannya.

“Saya rasa tidak patutlah seorang Ahli Dewan Negeri, Exco pulak tu mengeluarkan kata-kata yang tidak baik didengar.

“Memang saya tengok tidak beradab, sebab kita berada di dalam dewan yang mulia ini, memang kadang-kadang bila kemarahan itu memuncak, bila kita tidak boleh mengawal emosi kita dan itulah yang terjadi.

“Kita kena faham ‘body-language’ kita, bila kita bercakap, bila tangan kita menunjuk, dan berkata bodoh jadi itu bermakna ia menunjukkan kepada orang yang berada di hadapan, tetapi saya tidak tahu sama ada dia menunjukkan kepada saya atau kepada yang telah membantu saya bercakap tadi (Permatang), dan juga beberapa ADUN yang lain,” katanya.

Halimaton dalam pada itu menjelaskan, perkara yang mahu dibangkitkan beliau sebentar tadi adalah sekiranya kerajaan boleh membina tempat untuk melupuskan kereta-kereta terpakai di kawasan DUN-nya, justeru ia mempunyai kaitan dengan usul pembinaan seperti yang dibentangkan Azmin.

“Saya sebenarnya ayat tidak habis lagi, tetapi bila exco tadi bangun, tak sabar nak mendengar ayat saya habis.

“Sebenarnya saya nak menanyakan kepada pihak kerajaan, sama ada pihak kerajaan adakah mengadakan peruntukan untuk pembangunan, pelupusan kereta-lereta yang akan dilupuskan ini supaya masalah pelupusan sekarang ini, apa yang saya difahamkan sudah tidak ada,” ujarnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here