Shah Alam – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai dayus di sebalik arahan supaya semua jabatan, agensi dan anak syarikat keranaan negeri menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, arahan itu tidak sepatutnya dibuat kerana ia turut menyekat hak para penjawat awam dalam mendapatkan sumber maklumat menerusi pilihan akhbar yang ada di pasaran.

“Rakyat Malaysia hari ini termasuklah kakitangan agensi dan jabatan kerajaan negeri Selangor tidak lagi tinggal di negara yang disekat akses media seperti yang dilakukan ketika 22 tahun pentadbiran Pengerusi Pakatan Harapan (Tun Dr. Mahathir Mohamad).

“Rakyat kini boleh berfikir dengan waras dalam memberi pertimbangan wajar apabila menerima sesuatu berita. Apakah Azmin takut untuk menghadapi realiti kebebasan media ini,” soal beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Budiman, tindakan Azmin melaksanakan arahan itu telah meletakkan kedudukan kerajaan Selangor pada tahap ke belakang di saat-saat perkembangan maklumat yang meluas ketika ini.

Sekiranya terdapat apa-apa berita yang mungkin tersalah lapor oleh mana-mana media katanya, pihak yang berkepentingan dalam laporan media tersebut mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang jika terdapat salah laku yang melanggar integriti media.

Budiman berkata sedemikian sususlan penyebaran Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Selangor menerusi media sosial hari ini mengenai arahan pemberhentian langganan akhbar Kumpulan Utusan dan Berita Harian yang perlu dipatuhi oleh semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri.

Surat pekeliling itu ditandatangani oleh Setiasusaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya, semalam sebagai peringatan semula kepada jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri mengenai arahan tersebut yang dibuat pada 2008. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here