Shah Alam – Kerajaan Selangor dibidas kerana gagal mencari jalan penyelesaian yang terbaik di sebalik isu rampasan tanah Pangsapuri Mutiara, Sungai Jelok, Hulu Langat yang didiami 220 keluarga. 

Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz, berkata, tindakan rampasan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Langat itu dianggap zalim kerana masalah tersebut berpunca daripada kegagalan pihak pemaju menjelaskan bayaran cukai tanah.

“Masalah ini bukan berpunca daripada penduduk, tetapi ia berpunca daripada pemaju yang tidak menjelaskan bayaran cukai tanah. Sedangkan penduduk membayarnya.

“Tindakan merampas tanah itu dibuat bukan satu langkah penyelesaian yang terbaik. Sebaliknya kerajaan negeri perlu ada langkah yang tidak menyulitkan rakyat,” katanya kepada media di Lobi Dun Selangor hari ini.

Kata Johan lagi, sebelum ini rakyat membeli rumah di pangsapuri itu berjumlah di antara RM20,000 hingga RM60,000.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa menggulung belanjawan Selangor 2018 menjelaskan tanah pangsapuri itu dirampas apabila pihak pemaju gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah berjumlah RM355,000.

“Tanah itu dirampas dan diletakkan di bawah MBI (Pemerbadanan Menteri Besar) untuk proses hak milik strata.

“Hak milik strata bagi unit kos rendah diberikan pada 23 September 2016 manakaak unit kos sederhana diberikan pads 31 Oktober lalu, ” ujar Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dari PKR. – SelangorPost.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here