SHAH ALAM – Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat seolah-olah mendehaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mempertikaikan titah baginda baru-baru ini yang mengutuk tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghina suku Bugis sebagai lanun dan perompak.

Dalam surat terbuka kepada Sultan Selangor yang disiarkan Malaysiakini.com pada 2 November lalu, Syed Syed Saddiq menganggap kemurkaan baginda itu merupakan salah faham pihak istana terhadap ‘bos’nya.

“Sesungguhnya patik mohon ampun dalam izin menyatakan beza pendapat dan mengambil ruang ini untuk saling memperjelaskan kepada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan titah Tuanku hari ini yang pada hemat patik adalah salah faham mengenai pernyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keturunan Bugis.

“Menurut kenyataan media dari pihak DYMM Tuanku, pada akhir perenggan pertama ada dinyatakan bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir adalah “dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis” sehingga timbulnya saranan daripada pihak Tuanku untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dikenakan Akta Hasutan.

“DYMM Tuanku, dari kenyataan mewakili pihak Tuanku di atas ternyata hemat patik ada salah faham terhadap kenyataan Tun (Mahathir),” kata Syed Saddiq sebagaimana yang dipetik dalam surat terbukanya dalam portal berita itu.

Dalam perkembangan lain, Pegawai Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor menyifatkan tindakan Syed Saddiq itu adalah biadap, seolah-olah merendah-rendahkan keintelektualan Sultan Selangor.

Katanya, beliau percaya titah baginda itu dibuat bukan secara semborono tetapi ia dibuat selepas meneliti secara khususnya kenyataan Mahathir semasa berucap di Padang Timur, Petaling Jaya pada bulan lalu termasuk mendapat padangan serta perbincangan Dewan Diraja Selangor.

“Mana mungkin seorang sultan yang disegani dan dihormati boleh salah faham. Jelas ia titah baginda itu bukan keputusan secara berseorangan. Namun, Syed Saddiq seperti menggambarkan baginda menerima nasihat yang salah,” soal beliau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here