KOTA DAMANSARA – Penduduk Kota Damansara kini boleh menarik nafas lega apabila penantian mereka untuk mendapatkan kemudahan khidmat rawatan kesihatan yang berdekatan dengan mereka berakhir apabila Klinik Kesihatan Kota Damansara telah memulakan operasinya hari ini di Jalan Pekaka 8/3, Kota Damansara.

Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah berkata, “selama ini penduduk mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Sungai Buloh dan Klinik Kesihatan Kelana Jaya yang jaraknya sejauh 15 kilometer dari Kota Damansara”.

Katanya lagi, “kos pembelian bangunan dan pengubahsuaian klinik ini menelan belanja sebanyak RM11.7 juta”.

“Penduduk berasa amat bersyukur dan berterima kasih dengan bermulanya operasi Klinik Kesihatan ini pada jam 8 pagi tadi.

Dalam perkara yang sama, Ketua Jabatan Kesihatan Daerah Petaling, Dr Mohamed Paid Yusof berkata, “klinik baharu ini mampu memberikan perkhidmatan kepada 500 pesakit sehari selain dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Klinik Kesihatan Kelana Jaya”.

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah, pemeriksaan dan rawatan pesakit luar, rawatan kesihatan untuk ibu dan anak, khidmat rawatan pergigian dan pemeriksaan X-ray.

Selain itu, sebuah kenderaan ambulans turut disediakan.

 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here