Ada di antara kita yang masih tidak tahu apakah minat dan bakat sebenar yang kita miliki atau mempunyai potensi untuk digilap.

Mungkin kebanyakkan kita mahir melakukan sesuatu kerana kita diajar untuk melakukannya atau kita melihat orang lain melakukannya.

Pandai melakukan sesuatu tidak bermakna itulah perkara yang anda minati ataupun itulah satu-satunya bakat anda.

Boleh jadi ia adalah salah satu daripada kepandaian atau kemahiran anda tetapi itu bukanlah minat sebenar anda.

Dengan melakukan apa yang anda minati pasti akan membuatkan anda berasa lebih gembira.

Malahan ramai tokoh usahawan di luar sana berhasil menjadi kaya dan berjaya dengan mengusahakan apa yang mereka minati dengan sepenuhnya dan menggabungkannya dengan bidang perniagaan.

Berikut adalah panduan bagaimana anda dapat mengenal pasti minat dan bakat sebenar anda yang anda sendiri mungkin tidak tahu.

#1-Bina Banyak Kenalan Yang Baharu.

Image result for passion people

Berada dalam lingkungan sosial yang baharu adalah cara terbaik untuk anda mengenal pasti minat anda yang sebenar.

Perkenalan dengan orang lain akan mendedahkan anda kepada perkara-perkara baharu yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini.

Anda mungkin boleh mencuba perkara baharu berdasarkan hobi, idea dan pendapat orang lain.

Mungkin juga ada ingin melakukan sesuatu namun tidak ada keberanian kerana bersendirian.

Dengan adanya rakan baharu yang berkongsi minat yang sama anda boleh melakukannya bersama-sama.

Jika anda mahu mula belajar melakukannya namun tidak tahu bagaimana untuk bermula, anda boleh berhubung dengan mereka yang sudah pandai, lalu belajar atau bertanyakan caranya.

Jika anda bukanlah seorang yang gemar dan mahir bersosial, tidak mengapa. Tidak perlu keluar dan berkenalan secara berdepan.

Anda boleh berkenalan mereka dalam dunia maya jika itu yang lebih menyelesakan anda.

Hanya perlu sertai mana-mana kumpulan sosial yang berkaitan dengan minat anda yang baharu seperti ‘group hiking’, group travel’, ‘group masakan barat’, ‘group baking’ serta macam-macam lagi.

Belajarlah secara penuh semangat dan cubalah dengan sebaik yang mungkin supaya anda boleh lihat sejauh mana potensi anda.

#2-Cubalah Beberapa Hobi Baharu Serentak.

Image result for passion people

Jangan bazirkan masa dengan melakukan satu perkara sahaja pada satu masa.

Jika kita hanya mencuba satu aktiviti baharu misalnya seperti bermain gitar dan kita ambil masa yang lama untuk memahirinya dan sekiranya kita dapati kita kurang berminat bermain gitar kemudiannya ia agak merugikan.

Kerana kita telah melaburkan sejumlah wang, tenaga dan masa untuk tujuan mendalami diri kita sendiri.

Cara yang terbaik, lakukan beberapa hobi atau aktiviti baru pada waktu yang sama.

Pastikan anda tidak pernah melakukannya sebelum ini dan lihat hasilnya setiap kali anda melakukannya.

Walaupun anda masih tidak mahir, pasti akan ada salah satu aktiviti yang paling dominan yang anda gemari.

Setelah beberapa ketika, anda boleh bandingkan aktiviti yang mana satukah yang paling membuatkan anda gembira.

Jika anda masih tidak berasa benar-benar gembira dan bersemangat ketika melakukan kesemua aktiviti yang anda telah pilih bermakna anda harus mencuba aktiviti yang lain pula sehingga anda menemui minat dan bakat anda yang sebenarnya.

#3-Baca Sejumlah Besar Buku-Buku.

Related image

Buku? Perlukah untuk membaca buku jika anda bukan ulat buku? Jawapannya perlu! Kenapa?

Tidak kisahlah ‘genre’ buku apa yang anda mahu baca, ia akan bantu kita untuk memahami minat kita sendiri.

Bagaimana ia boleh bantu kita sedangkan membaca ternyata bukanlah aktiviti yang kita suka sejak dari dahulu?

Setiap buku ada menceritakan kisahnya yang tersendiri. Ada kehidupan disebalik kisah yang terkandung dalam buku itu hatta komik sekalipun.

Manusia sering mendapat inspirasi daripada apa yang mereka lihat dan dengar.

Kita belajar daripada kehidupan dan pengalaman orang lain dan jadikan ia sebagai teladan.

Semasa membaca, kita akan mendapat pengetahuan baharu yang mungkin kita tidak pernah tahu.

Banyak idea-idea baharu boleh muncul melalui pembacaan anda kerana membaca sebenarnya memberi ruang untuk kita berfikir dengan kritis.

Anda bukan sahaja boleh mendapat idea untuk minat anda yang sebenar malahan jika anda meminati bisnes, anda boleh gabungkan ilham baru mengenai perkara yang anda minati dengan bisnes untuk menjana pendapatan.

Dengan membaca, anda akan dapati yang hala tuju hidup anda lebih jelas dan senang untuk mengatur langkah.

Apakah perbezaan membaca buku dengan membaca secara elektronik.

Mungkin nampak seperti tiada beza namun sebenarnya membaca dengan kaedah yang lama mungkin lebih memberi fokus dan masa untuk anda bersendirian dan berfikir dalam dunia anda sendiri.

Sebaliknya, membaca menggunakan gajet, anda mungkin akan mudah terganggu dengan media sosial dan lain-lain daripada fokus kepada pembacaan dan menghayatinya.

#4-Melancong Ke Tempat-Tempat Baharu.

Related image

Melancong ke tempat-tempat menarik sudah menjadi satu ‘trend’ baharu dalam komuniti milenia kita.

Ramai yang bercuti dan melancong untuk mencari pengalaman di tempat orang, untuk menghilangkan stress dan pelbagai sebab lagi.

Melancong sebenarnya bukanlah sekadar memberi kenangan dan membeli cenderahati, sebaliknya boleh menjadi inspirasi untuk kita mendalami minat kita yang sebenar.

Mungkin jika kita terjumpa aktiviti atau benda baharu yang kita minati di situ namun tiada di tempat asal kita, nah, ini adalah peluang kita untuk membawanya pulang ke ke tempat kita dan memperkenalkannya kepada orang lain.

Silap haribulan boleh menjadi idea bisnes ataupun mungkin kita terlalu gemar melancong dan hanya melancong, jadi bukalah agensi pelancongan sendiri.

Itu adalah contoh idea bisnes berdasarkan minat yang anda boleh lakukan. Anda boleh melancong tanpa perlu mengeluarkan wang sambil berniaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here