SHAH ALAM – Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dinasihatkan supaya lebih kerap turun padang menyelesaikan masalah rakyat daripada menyalahkan Kerajaan Pusat dalam sesuatu perkara. 

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, Iskandar tidak sepatutnya mempertikaikan tindakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjemput Jabatan Suruhanjaya Bangunan (COB) menyelesaian pengurusan kediaman berstrata di negeri ini.

“COB ini bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi di bawah kerajaan persekutuan ditempatkan di setiap negeri bagi membantu PBT kerana tiada kepakaran dan tenaga kerja.

“Jadi Iskandar jangan nak jadikan isu ini sebagai isu politik,”  kata Johan ketika dihubungi SelangorPost.

Selain itu, Johan dalam masa yang sama mengecam Iskandar supaya turun padang dan melihat sendiri usaha KPKT yang banyak membantu meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya di kawasan bandar.

“Jangan hanya pandai tunding jari, salahkan orang lain. Di Selangor ini banyak masalah tak selesai seperti sampah, kemudahan awam, bekalan air dan sebagainya.

“Tengok sendiri di Gombak, kawasan Menteri Besar, KPKT keluarkan peruntukan jutaan ringgit bagi membantu rakyat, tapi apa kerajaan negeri buat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here