SIJANGKANG – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Tan Sri Noh Omar menyifatkan pemimpin kerajaan Selangor mula kepanasan dengan gerak kerjanya turun padang membela nasib masyarakat kurang berkemampuan.

Noh berkata, beliau difahamkan pemimpin kerajaan negeri Selangor juga mula mengikut langkah beliau bagaikan terkesan dengan tindakannya.

Bagaimanapun, Noh mempersoalkan langkah pemimpin negeri Selangor yang baharu mula bertindak untuk meluluskan peruntukan sedangkan sudah lama mentadbir negeri itu.

“Mengapa sekarang baharu hendak keluar peruntukan, berapa tahun dah memerintah Selangor. Saya baharu setahun jadi menteri jaga bandar.

“Mengapa sekarang bila saya turun padang beliau menggelupur pulak,” kata Noh merujuk kepada Exco Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah dengan tindakan itu asalakan ia memberi manfaat pada rakyat.

Noh sebelum itu mengadakan lawatan kerja meninjau perumahan kos rendah di Rumah Pangsa Impian di Saujana Putra, Isnin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here