KLANG –  Orang ramai diminta supaya memaklumkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai mana-mana pusat tahfiz di kawasan masing-masing yang masih belum melaksanakan pemeriksaan keselamatan kebakaran daripada jabatan itu. 

bizd_mv_1908_p03a_26pPekara itu dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Menteri KPKT, Datuk Faizal Abdullah bagi memastikan tahap keselamatan di semua institusi pendidikan Islam itu benar-benar selamat untuk didiami oleh tenaga pengajar serta para pelajar.

“Saya harap semua pihak mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 20 nyawa pelajar termasuk tenaga pengajar sebelum ini daripada berulang.

“Maka saya harap orang ramai memaklumkan kepada JBPM jika jika ada pusat-pusat tahfiz beroperasi di kawasan masing-masing supaya kita mudah untuk menjalankan pemeriksaan tahap keselamatan.

“JBPM sedang melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan di semua pusat tahfiz di seluruh negara. Dan di Selangor JBPM telah menjalankan pemeriksaan di 284 pusat tahfiz di negeri ini yang mana 26 daripadanya di Klang,” katanya.

Beliau sebelum itu mengadakan tinjauan di Maahad Tahfiz Nur Al-Quran di Jalan Pengkalan Rantau Panjang di sini yang terbakar kira-kira pukul 3.30 petang ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu kerana semasa kejadian, semua penghuni asrama berada di tingkat bawah.

“Saya dimaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.40  petang sebelum pihak bomba dari balai Meru, Sungai Pinang dan Kota Raja tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian. Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 20 minit selepas itu.

“InsyaAllah, UMNO Bahagian Kapar telah membawa kesemua pelajar pusat tahfiz berkenaan untuk mendapatkan keperluan mereka yang baharu selepas ia semua musnah dalam kebakaran tersebut.

“Malahan kita mengajak orang ramai sulaya dapat bersama-sama menyumbang barangan keperluan kepada mangsa yang ketika ini ditempatkan sementara di sebuah homsetay, di sini,” jelas Faizal yang juga Ketua UMNO Bahagian Kapar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here